FANDOM


Yumi
Yumi2
Nama Yumi
Jantina Perempuan
Pekerjaan Pelajar sekolah
Sekolah Sekolah Menengah Lawak Kampus
Saudara-mara Ami (Kembar), Adik Yumi (adik)
Kawan Ami, Lisa, Si Kucing, Adik Yumi
Musuh Si Kucing (Kadang-kadang), Orang Hodoh, Si Sopan, Damien, Jun
Penampilan Pertama Lawak Kampus #1

Yumi adalah kembar Ami dan tuan kepada Si Kucing.

PerwatakanEdit

Minat Yumi adalah serupa seperti kembarnya, iaitu suka untuk membeli belah dan akan pergi membeli belah bersama-sama dengan Ami. Dia mempunyai hubungan yang mesra dengan Ami walaupun mereka kadang-kadang bergaduh seperti adik-beradik yang lain. Dia dan Ami mempunyai sejenis perhubungan yang aneh, iaitu mereka boleh membaca minda antara satu sama lain. Dia mempunyai haiwan peliharaan yang seekor kucing bernama Si Kucing. Mereka kadang-kadang bergaduh. Tetapi, walaupun mereka bergaduh, dia tetap ada hati untuk menolong Si Kucing.

PenampilanEdit

Yumi mempunyai stail rambut yang serupa dengan Ami tetapi rambutnya kerinting dan menutup bahagian muka kirinya. Dia biasanya memakai pakaian seragam sekolah menengah, iaitu pinafore sekolah berwarna biru muda dengan baju berkolar putih dalamnya, sepasang stokin dan kasut putih.

Di rumah, Yumi memakai baju t-shirt dan berseluar pendek. Semasa dia meredah hutan, Yumi memakai baju t-shirt putih dan berseluar hijau tua beserta dengan beg khemah berwarna coklat.

TriviaEdit

  • Yumi kerap muncul dalam siri Lawak Kampus berbanding dengan Ami.
  • Dia,Cikgu Noodle, Pen dan Dr. J kongsi stail rambut yang sama.
  • Dia tidak kisah tentang barang orang lain. Dia hanya kisah pasal barang dia sahaja.
  • Nama dia dan Ami diambil sempena duo rock/pop Jepun, Puffy AmiYumi.

GaleriEdit

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.