FANDOM


Vanness

Vanness
Nama Vanness
Jantina Lelaki
Pekerjaan Pelajar sekolah
Sekolah Sekolah Menengah Lawak Kampus
Saudara-mara Tidak diketahui
Kawan FroggyAditas, Si Kosong, Bepop, George, Budak Kaya (Kadang-kadang), Agira, Unknown (Kadang-kadang), Lisa, Ami, YumiJim, Si Wartawan (Kadang-kadang), Orang Biru, Robot Vanness, Liana (Dulu), Kepala Peti Sejuk, Shunichi, Fewit
Musuh Xena, Mickey, Sharkhead, Cikgu Noodle, Pengetua, Tiger, Couple, Unknown, Guru Disiplin, Doktor Otaku, Edmund, Si Topeng, Jin, Budak Tadika, Ah Beng, Jurulatih Khidmat Negara, Ahmoi, David, Justin, Budak Kerja Sekolah
Penampilan Pertama Lawak Kampus #1

Vanness adalah seorang watak utama dalam siri Lawak Kampus dan merupakan seorang pelajar yang paling nakal di sekolah. Dia adalah kawan baik Aditas dan kadang-kadang, mereka akan membuat perangai bersama-sama. Dia juga lelaki pujaan Xena.

PerwatakanEdit

Vanness merupakan seorang pelajar yang paling nakal dan malas di sekolahnya. Dia suka membazirkan masa dengan tidur di kelas Cikgu Noodle atau pada waktu cuti sekolah, melayari Facebook dan bermain "Monster Hunt" di PSP-nya bersama-sama dengan Aditas. Walaupun dia tidak begitu pandai, tetapi dia pandai mengaturkan strategi dalam meniru masa ujian, mendapatkan iPhone 6s plus atau permainan yang baru.

Dia tidak begitu suka akan Xena dan akan sentiasa melarikan diri daripadanya. Dalam beberapa siri Lawak Kampus, dia juga mencuba beberapa cara untuk menghapuskan Xena tetapi tidak berjaya. Dia akan berasa rajin atau bersemangat apabila melihat Xena. Selain daripada Aditas, George juga merupakan kawan baik Vanness dan akan membantunya dalam apa-apa masalah.

Vanness juga adalah seorang yang baik hati kadang-kadang. Dia membantu rakan-rakannya walaupun cara bantuannya adalah cara yang malas atau tidak masuk akal langsung.

PenampilanEdit

Vanness mempunyai rambut keperang-perangan, memakai gogal oren di kepalanya dan plaster empat segi yang kecil di bahagian kiri mukanya. Dia biasanya memakai baju seragam sekolah menengah, iaitu baju berkolar putih, berseluar hijau tua, sepasang stokin dan kasut putih.

Di rumah atau semasa tidur, dia memakai t-shirt berwarna putih dan berseluar hitam. 

TriviaEdit

  • Nama Vanness diambil sempena nama pelakon Taiwan, Vanness Wu.
  • Walaupun dia adalah seorang watak utama dalam siri Lawak Kampus, keluarganya tidak pernah disebut atau dilihat.
  • Vanness mempunyai kebolehan untuk memahami bahasa monyet. Itulah sebabnya dia boleh berkomunikasi dengan George dan rakan-rakan George.
  • Rambutnya mempunyai kebolehan untuk bertukar menjadi klon Vanness apabila dicabut dan ditiup dari tangannya. Kebolehan ini adalah sama seperti salah satu watak dari The Journey to the West, iaitu Monkey King. Tatik ini hanya digunakan semasa dikejar oleh Xena sahaja.
  • Dia pernah bermesra dengan Xena dalam Jilid 13.
  • Vanness mempunyai sebuah robot yang nampak macam dia yang bernama Robot Vanness yang muncul buat kali pertama dalam Jilid 11.
  • Mata dulunya dalam jilid pertama, pernah kembali dalam Jilid 28.
  • Vanness adalah watak Player dalam Lawak Kampus Dimension Drift.
  • Vanness pernah memberi epal yang telah jatuh di atas tahi kepada musuhnya, Mickey.

GaleriEdit

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.