Lawak Kampus Wiki
Register
Advertisement
Unknown
Unknown
Nama Unknown
Jantina Lelaki
Pekerjaan Pelajar sekolah
Sekolah Sekolah Menengah Lawak Kampus
Saudara-mara Tidak diketahui
Kawan Semua
Musuh Vanness, Aditas
Penampilan Pertama ???

Unknown adalah seorang pelajar yang berwatakan misterius.

Perwatakan[]

Tidak begitu banyak diketahui tentang Unknown. Dia selalu mengejutkan semua orang yang pernah melihatnya menari sehingga Vanness dan rakan-rakannya, termasuklah dengan makhluk asing dan Steve Jobs terkejut. Vanness dan beberapa rakan-rakannya juga sanggup menunggu sampai dia menari. Ramai orang tidak tahu asal usulnya dan informasi tentang dirinya. Pada buku Lawak Kampus edisi ulang tahun ke-10, Lee Kwang Soo bekas ahli rancangan aneka ragam Running Man dari Korea Selatan juga pernah mengikut tariannya.

Penampilan[]

Unknown berwarna putih dan mempunyai anggota badan yang agak lembik yang membolehkannya untuk menari-nari. Dia biasanya memakai baju seragam sekolah menengah, iaitu baju berkolar putih dan berseluar hijau tua sampai ke kakinya.

Trivia[]

  • Unknown mempunyai 10,000 peminat di Facebook.
  • Kebanyakkan pembaca meneka Unknown sebenarnya adalah Keith kerana dengan cara Keith melukis dirinya dalam versi kartun adalah hampir serupa dengan Unknown. Dalam Jilid 11, Keith telah berterus-terang kepada pembacanya bahawa Unknown adalah Unknown, bukan dia.
  • Sebagai tanda penghargaan, Steve Jobs telah menukar logo Apple kepada kepala Unknown.
  • Keith sendiri pun tidak tahu siapa sebenarnya Unknown.
  • Dalam Kompilasi Mantap 1, dia sebenarnya robot. Dia juga mungkin mempunyai klon.\
  • Unknown mempunyai video yang misterius.

Galeri[]

Advertisement