Lawak Kampus Wiki
Register
Advertisement
Tiger
Tiger
Nama Tiger
Jantina Lelaki
Pekerjaan Pelajar/Pengawas sekolah/Ahli silap mata/Samseng (dulu)
𝗕23 (𝘁𝗶𝗴𝗲𝗿) Spot Chek
Saudara-mara Tidak diketahui
Kawan Makhluk Asing/Alien, Pengetua
Musuh  Vanness, Aditas, Sharkhead, Mickey
Penampilan Pertama Lawak Kampus #1

"Spot Check!"

-Tiger, Lawak Kampus semua jilid.

Tiger adalah seorang pengawas di Sekolah Menengah Lawak Kampus.

Perwatakan[]

Dia seorang pengawas yang taat pada peraturan sekolah dan sering melakukan pemeriksaan mengejut di mana-mana kelas, termasuk kelas Vanness dan rakan-rakannya. Selain membuat pemeriksaan mengejut, dia juga melakukan tugasnya menaikkan bendera atau membuat silap mata dan melakukan teknik The Force setelah dilatih oleh Yoda. Dia adalah salah satu pelajar yang Vanness tidak berani berjenaka dengannya mungkin disebabkan Vanness takut dengan pengawas sekolah.

Penampilan[]

Tiger mempunyai rambut hitam yang pendek, sepasang mata berwarna coklat dan pipi berwarna merah jambu. Dia biasanya memakai baju seragam sekolah menengah, iaitu baju berkolar putih, berseluar hijau tua, sepasang stokin dan kasut putih. Kerana dia adalah seorang pengawas, dia memakai tali leher berwarna hitam seperti pengawas yang lain.

Trivia[]

  • Tiger mempunyai stail rambut yang serupa seperti Anthony tetapi warna rambutnya adalah lain, iaitu hitam manakala rambut Anthony berwarna perang.
  • Menurut dalam Lawak Kampus: Friends Edition semua orang tidak tau nama dia sedarkan nama dia selalu ada kat profile watak. Cuma peminat dia Yukina Yee tau nama dia.
  • Dia ada guru silap mata iaitu Yoda,lupa jilid berapa...jadi korang tengok Lawak Kampus Kompilasi Mantap 3.

Galeri[]

Advertisement