Lawak Kampus Wiki
Register
Advertisement
Si Kucing
Si kucing
Nama Si Kucing
Jantina Lelaki
Pekerjaan Pekerja Sambilan, Ketua Gang Kucing
Tempat bekerja ???
Saudara-mara Tidak diketahui
Kawan Yumi, Presiden Barrack Obama, Bill Gates, Mark Zuckerberg, Siv Job (Dulu) dan beberapa orang terkenal, Semua geng kucing, Bruce, Empat Mata
Musuh Yumi (Kadang-kadang), Tikus Taiko Tikus
Penampilan Pertama Lawak Kampus Teamwork

Si Kucing adalah haiwan peliharaan Yumi yang bijak.

Perwatakan[]

Si Kucing adalah seekor kucing yang mempunyai tahap I.Q yang tinggi. Ia pakar dalam bidang teknologi seperti menggodam data kerajaan (menyebabkannya selalu dikehendaki polis), membaiki alatan elektronik dan mengajar haiwan-haiwan yang lain tentang teknologi. Ia juga merupakan seorang ketua kepada gang kucing di sekitar perumahannya pada waktu malam. Si Kucing menjadi seorang yang tegas dan garang terhadap ahli kumpulannya tetapi ia tetap memberi prihatin terhadap mereka.

Disebabkan oleh kebijaksanaannya, ia sangat berbeza dengan kucing-kucing lain yang normal jika dibandingkan. Si Kucing lebih suka bermain dengan alatan elektronik seperti iPhone, PSP atau komputer dan menggunakan bilik air seperti seorang manusia. Walaupun ia kadang-kadang bergaduh dengan tuannya, ia tetap ada hati untuk membantunya. Si Kucing juga handal menggunakan senjata, terutamanya pistol, di mana dia membawanya ke mana-mana.

Penampilan[]

Si Kucing mempunyai bulu berwarna kelabu muda dan kedua-dua matanya berwarna biru. Ia biasanya berjalan menggunakan kedua-dua kaki belakangnya seperti seorang manusia. Ia jarang menggunakan keempat-empat kakinya untuk berjalan seperti seekor kucing yang normal.

Trivia[]

  • Si Kucing pernah mengikuti syarikat Apple dan menjadi penolong kanan Steve Jobs.
  • Ia mempunyai kawan-kawan yang berpengaruh tinggi seperti Presiden Barrack Obama, Bill Gates dan Mark Zuckerberg di Facebook.
  • Semasa dia adalah seekor anak kucing, dia ditakutkan oleh Yumi sampai dia terkencing. Ia boleh dilihat dalam jilid 22 m/s 61.
  • Kerana dia tinggal bersama Yumi, Si Kucing tahu mood dan kesukaan seorang perempuan.
  • Si Kucing juga pakar membuka alatan teknologi dengan cepat. Terutamanya, pistol. Ia boleh ditunjukkan di Jilid 23 m/s 120.
  • Dia lebih elok kepada Ami berbanding dengan Yumi.

Galeri[]

Advertisement