Lawak Kampus Wiki
Register
Advertisement
Si Kosong
Si kosong2
Nama Si Kosong
Jantina Lelaki
Pekerjaan Pelajar sekolah
Sekolah Sekolah Menengah Lawak Kampus
Saudara-mara Bapa Si Kosong (Ayah), Atuk Si Kosong (Datuk;meninggal dunia)
Kawan Vanness, Froggy, Aditas, Bepop, Agira, Bapa Si Kosong, Boneka, Anai-Anai/Semut Putih
Musuh Mickey, Sharkhead, Cikgu Noodle, Pengetua
Penampilan Pertama Lawak Kampus #1

Si Kosong adalah seorang pelajar yang kurang pandai, bodoh, lembab dan lurus bendul. Dia selalu mendapat markah kosong dalam peperiksaan.

Perwatakan[]

Si Kosong adalah pelajar yang kurang pandai di sekolah, menyebabkan dia selalu mendapat markah kosong (kadang-kadang, dia mendapat markah 100% atau nombor lain selain daripada 0). Selain itu, dia juga seorang yang lurus bendul kerana dia suka membuat perkara-perkara yang bodoh dan tidak masuk akal. Dia percayakan tahyul untuk mendapatkan markah penuh dalam peperiksaan.

Dalam siri awal Lawak Kampus, Si Kosong selalu dihantui oleh sejenis hantu yang selalu memberinya markah kosong dalam peperiksaan sejak dari lahir tetapi hantu tersebut telah meninggalkannya kerana tugasnya sudah pun selesai namun ia kembali semula ke pangkalan Si Kosong. Dia juga seorang yang baik hati dan akan menolong kawannya dengan cara yang tidak masuk akal kadang-kadang. Di salah satu tangannya terdapat sebuah patung boneka yang selalu membantunya dalam ujian atau menasihatinya. Dia juga mempunyai beberapa ekor anai-anai untuk tolong makan kerja sekolahnya.

Penampilan[]

Si Kosong mempunyai rambut berwarna biru, mata berbentuk bulat, bibir yang tebal dan badannya kurus. Dia biasanya dilihat memakai baju seragam sekolah menengah.

Semasa melakukan akitiviti luar, dia memakai t-shirt putih dan berseluar pendek berwarna hijau.

Trivia[]

  • Si Kosong adalah watak Lawak Kampus yang pertama sekali untuk ditunjukkan.
  • Si Kosong pernah digantikan oleh ayahnya semasa menduduki peperiksaan tetapi pelan itu terbongkar oleh guru-guru di sekolahnya.
  • Si Kosong merupakan salah seorang ahli Pengakap dalam Lawak Kampus Move On.
  • Dia mempunyai banyak jenis mode di belakangnya (makan, kerja, tidur, main, tipu dan belajar).
  • Di belakang lehernya merupakan sebuah USB, di mana dia dapatkan daripada seekor lebah selepas ia sengat Si Kosong.
  • Ibunya tidak pernah muncul dalam siri Lawak Kampus.
  • Dia dan ayahnya adalah merupakan salah satu golongan yang miskin selain Aditas dan abangnya.
  • Wajah Si Kosong semasa kecil boleh dilihat dalam Jilid#3
  • Cita-Cita Dia ialah Masuk Kubur Boleh Dilihat dalam jidil#2

Galeri[]

Advertisement