Lawak Kampus Wiki
Advertisement
Lisa
Lisa2
Nama Lisa/Linda
Jantina Perempuan
Pekerjaan Pelajar sekolah
Sekolah SMK Lawak Kampus
Saudara-mara Dr.J (Ayah)
Kawan Yumi, Ami, Dr. J
Musuh Dr. J (Kadang-kadang), Santa Claus, dan Yumi (Kadang-kadang)
Penampilan Pertama Lawak Kampus #1

Lisa (kadangkala namanya dieja Linda) adalah anak kepada seorang saintis gila. Bepop selalu cuba untuk menawan hatinya dengan memberi hadiah. Dia selalu memarahi ayahnya apabila dia membuat eksperimen yang pelik-pelik. Kadang-kadang, dia juga memarahi Yumi yang membuat kerja gilanya seperti dalam JIlid 24 dan 27.

Penampilan[]

Lisa mempunyai rambut yang pendek berwarna oren. Dia selalu dilihat memakai pakaian seragam sekolah (kadang-kadang). Dalam Jilid 24, dia memakai kostum beruang, disangkakan Vanness oleh Teacher Noodle kerana tahu dia sudah datang lewat. Akibat dirotan di bahagian punggungnya, dia menanggung kesakitan dan tidak mampu duduk.

Dalam game Lawak Kampus Dimension Drift, Lisa adalah antara pelajar yang diculik oleh Pengetua dalam konsol dan dlama posisi berlutut serta tanganya telah digari oleh tumbuhan liar yang ada duri di sisinya.

Trivia[]

  • Dalam Jilid 28, Lisa menjadi seekor Pokemon selepas tersembur Spray Mutasi pada dirinya sendiri kerana dia tersalah mengambil minyak wangi.
  • Dia merupakan perempuan pujaan Bepop.
  • Kadangkala namanya dieja Linda

Galeri[]

Advertisement