Lawak Kampus Wiki
Advertisement
Ami
Ami
Nama Ami
Jantina Perempuan
Pekerjaan Pelajar sekolah
Sekolah Sekolah Menengah Lawak Kampus
Saudara-mara Yumi (Kembar)
Kawan Yumi, Lisa, Arnab Ami (meninggal dunia)
Musuh Angry Couple, Justin(Jilid 13)
Penampilan Pertama

Lawak Kampus #1

Ami adalah adik kembar Yumi.

Perwatakan[]

Sama seperti kembarnya, dia suka membeli belah bersama-sama dengan Yumi. Mereka juga kadang-kadang bergaduh sama seperti adik-beradik yang lain. Ami dan Yumi mempunyai sejenis perhubungan yang aneh, iaitu mereka boleh membaca minda antara satu sama lain.

Walaupun dia adalah kembar Yumi, pembaca boleh membezakan antara mereka berdua dengan melihat stail potongan rambut mereka.

Dia pernah sakit suatu ketika dahulu. Dalam Jilid 13, kerana keracunan makanan yang teruk, Ami dan Yumi sama-sama dihantar ke hospital dan terpaksa bermalam di sana selama beberapa bulan bagi menjalani pemulihan selepas dengupan jantung mereka amat perlahan dan keadaan mereka semakin lemah. Dipakaikan pakaian putih hospital ala altar server (tanpa tali berwarna (hijau, merah, kuning, ungu dan putih) yang biasanya didapati di bahagian pinggang, biasanya dilihat di gereja di alam nyata), satu jarum disuntik di bahagian lengan kanannya manakala satu lagi di lengan kiri Yumi. Mereka berasa sedih kerana tiada siapapun yang mahu ziarah mereka, terbaring di katil wad keseorangan bagi dirinya dan Yumi. Ini seolah-olah mereka mahu hampir meninggal dan dimasukkan ke dalam keranda dengan pakaian putih dan dikuburkan.

Dalam kulit buku Jilid 33, dia memakai pakaian detektif berwarna hitam dengan daun terup manakala Yumi memakai pakaian detektif putih dengan berlian. Oleh hal yang demikian, mereka bergelar "Detektif Ami" dan "Detektif Yumi". Kadangkala mereka juga digelar "Detektif Berlian" dan "Detektif Daun Terup". Hal ini demikian kerana mereka boleh menyelesaikan segala misteri dan kes pelik dalam jenaka lawak.

Dalam Jilid 11, Ami turut ada bakat dengan berpura-pura sedih dan menangis bagi mengeluarkan air mata yang ada dalam matanya selama 30 saat sahaja dalam satu Pertandingan Bakat Hebat yang disertainya. Ini membuatkan para juri meraguinya sama ada dia sudah tiada akal. Dalam jilid yang sama, dia juga berasa seram, takut dan badannya menggeletar, apabila gambarnya bersama Yumi di photo booth bertukar menjadi tengkorak. Mereka tidak tahu siapa yang berbuat demikian.


Didalam Superior Galaxy pula, Ami dan Sai dikawal secara bloodbending oleh pemilik Carnifarnia sehingga tangan dan jari Ami melekat kuat di perisai Sai.

Bermula dari Jilid 35, dia dan Si Kucig selalu memarahi Yumi kerana sikapnya yang bersifat shopaholic sehingga membazirkan wang mereka dan jumlah bil barangan setiap bulan yang terlampau banyak.

Penampilan[]

Ami mempunyai stail rambut yang serupa dengan Yumi tetapi rambutnya lurus dan menutup bahagian kanan mukanya.

Dia biasanya memakai pakaian seragam sekolah menengah, iaitu pinafore sekolah berwarna biru muda dengan baju berkolar putih dalamnya, sepasang stokin dan kasut putih.

Trivia[]

  • Ramai orang selalu tersalah anggap bahawa Ami ialah Yumi kerana dia jarang muncul dalam komik tersebut.
  • Ami mempunyai seekor arnab putih tetapi ia meninggal dunia dalam Jilid #14.
  • Dia dan Yumi kadangkala disebut kembar Illuminati kerana rambut mereka menutup separuh muka.
  • Nama dia dan Yumi diambil sempena duo rock/pop Jepun, Puffy AmiYumi.

Galeri[]

Advertisement