Budak Kaya | ||||||||||||||||
|
Budak Kaya adalah seorang pelajar yang kaya di Sekolah Menengah Lawak Kampus (selain daripada Froggy). Dia juga merupakan seorang watak yang misterius (dalam segi rupanya) selain Unknown dan Damien.
Perwatakan[]
Budak Kaya adalah seorang yang baik hati di mana dia menolong orang yang berada kesusahan. Dia juga menjadi angkuh dan tidak memerlukan bantuan orang lain dalam beberapa situasi. Dia tidak membuat sebarang kerja (termasuklah dengan kerja sekolahnya) kerana dia mempunyai seorang pembantu yang hebat. Kadang-kadang, perbuatannya agak melampau sangat sehingga membuatkan Vanness dan rakan-rakannya marah ataupun jeles/cemburu terhadapnya.
Penampilan[]
Mukanya tidak pernah ditunjukkan ataupun dilihat oleh orang lain. Hanya badannya boleh dilihat. Dia selalu dilihat memakai pakaian seragam sekolah.
Trivia[]
- Dia merupakan salah seorang pelajar Vanness tidak berani untuk berjenaka.
- Dalam Jilid #22, seorang budak bertanya kepada Vanness Dan Aditas bagaimana rupanya, tetapi mereka tidak tahu walaupun selalu melihatnya.
- Hanya Vanness sahaja yang pernah melihat gambar ibu bapanya tetapi muka mereka juga tidak boleh dilihat.
- Budak Kaya pernah meminjamkan 'khemah'nya untuk Aditas dan abangnya tetapi 'khemah' itu merupakan sebuah rumah agam, lantas mengejutkan Aditas dan abangnya.