Lawak Kampus Wiki
Advertisement
  • Boss
Boss
Nama Boss
Jantina Lelaki
Pekerjaan Pengusaha kantin sekolah
Tempat kerja Sekolah Menengah Lawak Kampus
Saudara-mara ???
Kawan Lipas,Tikus,Lalat dan lain-lain
Musuh ???
Penampilan Pertama Lawak Kampus #1

Boss adalah seorang pengusaha kantin Sekolah Menengah Lawak Kampus yang hanya mahukan keuntungan dan selalu menyajikan menu-menu pelik seperti bebola lipas, sup yang direndam bersama dengan monyet di dalam periuk dan lain-lain lagi. 

Beliau telah dilaporkan banyak kali oleh para pelajar akibat tabiatnya yang pelik ketika menyediakan makanan seperti mencuci sayur dengan sabun dan menyanyi sambil menyembur air liurnya (tanpa disedarinya) ke dalam masakannya ketika memasak.

Penampilan

Boss mempunyai janggut yang bercantum dengan rambutnya dan hidung berkembang. Dia selalu dilihat memakai turban berwarna merah dengan garisan kerinting berombak, apron putih, t-shirt hijau dan berseluar panjang berwarna coklat.

Trivia

  • Dalam jilid Lawak Kampus yang pertama Boss pernah dipecat sebagai pengusaha kantin dan bekerja sebagai pegawai kesihatan.
  • Dia pernah menyamar sebagai pelajar sekolah untuk elak di tangkap oleh Jabatan Kesihatan.
  • Boss ada banyak lipas, tikus, lalat dan haiwan perngotor dan perosak yang lain sebagai kipas-susah-mati (.A.K.A. peminat) dia.
  • Menurut kata Froggy dalam jilid 28, dia dah lama mahu menjadi Iron Man.
2016526170550-1

Galeri

Advertisement