Lawak Kampus Wiki
Register
Advertisement
Bepop
Bepop
Nama Bepop
Jantina Lelaki
Pekerjaan Pelajar sekolah
Sekolah Sekolah Menengah Lawak Kampus
Saudara-mara Adik Bepop (Adik), Ibu Bepop (Mak)
Kawan Vanness, Aditas, Froggy, Si Kosong, Alpaka, Adik Bepop, Oleh-Oleh, Doktor Q.Q, Doktor Anjing, Fanny, Cikgu Tadika, Jerawat
Musuh Alpaka (Kadang-kadang), Adik Bepop (Kadang-kadang), Cikgu Noodle, Jerawat (Kadang-kadang)
Penampilan Pertama Lawak Kampus #1

Bepop (dulu namanya dieja Bebop) adalah seorang pelajar yang mempunyai banyak jerawat di mukanya dan berasa amat rendah diri dengan penampilannya. Namun dia mempunyai ramai kawan. Dia juga adalah seorang yang pengotor kerana menggunakan jerawatnya sebagai krim campuran, senjata dan lain-lain lagi.

Dia suka akan patung kanak-kanak yang comel walaupun sudah bersekolah menengah dan selalu meminta adiknya untuk membelinya.

Bepop mempunyai haiwan peliharaan iaitu seekor alpaka yang comel bernama Alpaka. Si Genius pernah menceritakan bahawa Bepop dilahirkan dari jerawat ibunya. Vanness dan Aditas juga pernah mengatakan bahawa jerawatnya adalah sarang makhluk asing.

Penampilan[]

Bepop mempunyai jerawat yang banyak dan memakai cermin mata berbingkai hitam. Dia selalu dilihat memakai pakaian seragam sekolah.

Trivia[]

  • Bepop mempunyai keluarga tetapi cuma adik perempuannya selalu dilihat dalam siri Lawak Kampus.
  • Muka Bepop tanpa jerawat boleh dilihat dalam Lawak Kampus Rebound (m/s 33).
  • Bepop pandai untuk mendandan anak patung. 

Galeri[]

Advertisement