FANDOM


Aditas
Aditas2
Nama Aditas
Jantina Lelaki
Pekerjaan Pelajar dan atlet sekolah
Sekolah Sekolah Menengah Lawak Kampus
Saudara-mara Abang Aditas (Abang)
Kawan Vanness, Froggy, Si Kosong, Bepop, Kur Kur, Abang Aditas, Judy(dulu), Mindy(dulu)
Musuh Xena, Cikgu Noodle, Pengetua, Mickey, Sharkhead
Penampilan Pertama Lawak Kampus #1

Aditas adalah seorang pelajar yang aktif dalam semua sukan di sekolah dan merupakan kawan baik Vanness sejak daripada permulaan awal siri Lawak Kampus. Dia mempunyai seekor kura-kura bernama Kur Kur sebagai haiwan peliharaannya.

PerwatakanEdit

Aditas merupakan seorang pelajar yang aktif dalam sukan dan adalah atlet Sekolah Menengah Lawak Kampus. Kerana terpengaruh dengan sikap Vanness yang nakal, dia juga merupakan seorang pelajar yang nakal di sekolah, tetapi dengan lebih teruk lagi. Kadang-kadang, dia membuat bisnes menjual barang peribadi Vanness dengan Xena untuk mendapatkan keuntungan. Dia saling menolong rakan-rakannya tetapi dengan menggunakan cara yang kotor.

PenampilanEdit

Aditas mempunyai kepala yang botak dan sepasang mata yang kelihatan garang (kerana dia tidak mempunyai sepasang kening). Matanya bengkak kerana dia tidak pernah tidur kadang-kadang.

Dia memakai singlet putih dengan sebuah segi empat berwarna kelabu, berseluar hijau tua dan sepasang gelang tangan putih (satu di setiap gelang tangannya).

TriviaEdit

  1. Nama Aditas diambil sempena jenama sukan terkemuka, Adidas.
  2. Aditas mempunyai seorang abang yang sudah uzur tetapi masih aktif.
  3. Dia dan abangnya adalah golongan yang miskin.
  4. ° Si Kosong dan ayahnya juga adalah golongan yang miskin.
  5. Aditas pernah memiliki rambut yang tebal tetapi Vanness dan Froggy tidak mengecamnya kerana sudah kebiasaan dengan dia botak.
  6. Dalam siri awal Lawak Kampus, dia mempunyai banyak kura-kura sehingga dia mesti meminta bantuan Vanness untuk mengingatkan nama kura-kura tersebut. Sekarang, dia mempunyai seekor kura-kura sahaja yang bernama Kur Kur.
  7. Menurut kata Aditas, dia dan abangnya tidak pernah tidur pada waktu malam kerana kadang-kadang musimnya sejuk di luar. Ia boleh dikatakan di Jilid 23. Itulah kenapa matanya macam tidak pernah tidur.

GaleriEdit

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.